Isnin, 25 Februari 2013

RINDU KEPADA RASULULLAH S.A.W.

Assalamualaikum...
bulan rabiul awal telah berlalu...mudahan kita tidak melupakan baginda Nabi SAW dengan berlalunya bulan itu...
ketahuilah baginda Nabi sentiasa merindui umatnya terutamanya umatnya yang di akhir zaman ini...walaupun umat akhir zaman ini tidak pernah berjumpa dengan baginda tetapi keimanan dan kecintaan umat ini terhadap baginda adalah kuat...sebab itu baginda rindu kepada umat akhir zaman ini...
peluang saya mendapatkan satu selawat khas dari keturunan Al-Attas yang mana menceritakan tentang asal usul selawat yang akan dikongsikan ini...
ceritanya bermula dari Sultan Mahmud...salah seorang raja yang hobinya suka berselawat tiap-tiap hari sebanyak 300 ribu kali...bermula dari lepas solat subuh hingga mencecah ke tengah hari...
pada satu malam baginda di datangi oleh Nabi SAW dalam mimpinya...baginda Nabi menegur akan sikap Sultan Mahmud...kerana asyik berselawat hingga lupa kepada tanggungjawabnya sebagai seorang pemerintah untuk memeduli rakyat...akhirnya dalam mimpi itu Sultan Mahmud diajarkan oleh Nabi SAW dengan selawat  ini dan apabila dibaca sekali fadilatnya umpama membaca 100 ribu kali dan dibaca 3 kalai menyamai 300 ribu kali bacaan selawat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan