Isnin, 26 Disember 2011

Misteri Minyak Syaitan

Bila kita sebut ilmu sihir...maka ilmu sihir itu dipraktikkan dengan pelbagai cara dan kaedah...dari sesusah-susah cara hinggalah ke semudah-mudah cara (tapi pada hakikatnya semua ilmu sihir itu susah kerana ada syarat tertentu yg perlu dipatuhi/diikuti...sehingga seseorang itu sanggup jadi hamba syaitan) contoh dalam membuat minyak syaitan untuk tujuan sihir...si pembuat/pengamal ilmu sihir terpaksa mengikuti syarat yang susah dan bila ia dijual utk digunakan...maka si pemakai pula mudah, kerana hanya dgn niat dan mentera tertentu sihirnya manjadi...

Tentang minyak syaitan ini (iaitu salah satu cabang ilmu sihir syaitan) ada banyak terdapat di atas muka bumi ini terutama di rantau Nusanta kita ini iaitu alam Melayu, contoh : minyak dagu mayat, minyak sunti, minyak sakang, minyak belabak dan sebagainya...ada minyak yang dibuat daripada bahan-bahan yang menjijikan/kotor/najis dan ada pula minyak yang dibuat daripada bahan-bahan alamiah spt akar-akaran atau tumbuh-tumbuhan dsb.

Apa yang penting dalam proses pembuatan minyak syaitan ini ialah ritual dan pemujaan terhadap syaitan/jin kufur, agar minyak tadi itu menjadi/mengasi/mujarab...jadi syaitan/jin kufur lah yang memainkan peranan yang penting dalam misteri ini agar minyak tadi itu dianggap power dan berkuasa...(tanpa jin/syaitan maka minyak tadi hanyalah sekadar minyak tiada apa-apa).
Kenapa minyak syaitan ini begitu popular digunakan?
  1.  Kerana ia mudah didapatkan (ada dijual dalam laman web juga).
  2.  Kerana harga pun tidak mahal (mampu utk dibeli oleh semua lapisan).
  3.  Cara penggunaan/pemakaiannya amat  mudah, contoh hanya dengan niat/mentera tertentu.
  4.  Mudah digunakan contoh hanya perlu dicalitkan saja :-
  •  Dicalit pada pakaian (luar atau dalam).
  •  Dicalit pada kulit/badan.
  •  Dicalit pada benda yang sering diguna oleh mangsa (contoh tombol pintu dll).
  •  Dibubuh pada makanan.
  •  Dibuatkan haruman dan  berbagai lagi kaedah...

Bersambung....

MISTERI IBLIS DAN ULAR (Siri 2)

....ada beberapa pendapat yang diceritakan di dalam kitab tafsir mengenai...bagaimanakah cara iblis laknatullah menghasut Nabi Allah Adam a.s. (sedangkan iblis sudah di-usir dari syurga) :

  1. Diriwayatkan bahawa Nabi Adam dan Siti Hawa pada ketika itu berada di taman syurga (luar syurga) tanpa ada pengawal malaikat yang menjaga dan hanya Allah-lah  yang Maha Mengetahui apa yang terjadi...
  2.  Pintu syurga dikawal oleh malaikat, dan iblis berpakat dengan ular agar ular memberikan iblis izin untuk memasuki/bersembunyi di perut/badan ular agar apat menyusup masuk ke dalam syurga...Allah jua-lah yang Maha Mengetahui...Apabila iblis berjaya menghasut Siti Hawa dan Nabi Adam a.s. maka Allah menyatakan hukuman kepada ular (walaupun ular berdalih bahawa ia dipengaruhi dan disuruh oleh iblis) tapi Allah Maha Mengetahui...
Firman Allah yang tafsirannya (Surah Al'Araf ayat 24):
"(Allah) berfirman : Turunlah kamu (ke muka bumi) kamu akan saling bermusuhan antara satu sama lain (manusia dan ular dan manusia dan iblis/syaitan) Bumi adalah tempat kediaman dan kesenangan kamu sehingga ke waktu yang telah ditentukan (hari kiamat)"
Allah menyatakan kepada ular (sebagai hukuman) "kamu akan dipukul oleh manusia andainya manusia menjumpai kamu"

Bila kita diganggu dengan gangguan misteri seperti sihir atau gangguan jin maka simptom utama ialah bermimpi berjumpa ular terutama ular yang hitam pekat...

Dalam hadis baginda Nabi Muhammad s.a.w. pun ada menyatakan tentang kebanyakan jelmaan ular adalah jelmaan dari jin/syaitan terutama ular yang hitam...

Bila kita terserempak ular di dalam rumah maka berilah amaran sebanyak 3 kali atau 3 hari jika ia tetap degil maka bolehlah kita membunuhnya kerana ia adalah ular biasa atau jelmaan jin yg jahat/syaitan (dan ular adalah termasuk di antara binatang yang boleh/sunat diibunuh)-al-hadis.

Allahu a'lam

Selasa, 13 Disember 2011

Misteri Iblis dengan Ular (siri 1)

Dalam hadis baginda Nabi ada menyatakan (yang mafhumnya)...Sesungguhnya syaitan itu dapat berlari (masuk) ke dalam tubuh badan bani/anak  Adam sepertimana mengalirnya aliran darah dan dia menjadikan hati kamu itu sebagai tempat tinggal mereka melainkan mereka-mereka yang dipilihara oleh Allah...

(Bila kita rujuk dalam Al-Quraan... contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 19 hingga 25 ada menyebutkan cerita tentang hasutan iblis laknatullah kepada Nabi Allah Adam a.s. dan Siti Hawa ini...)

Apabila iblis laknatullah diusir dari syurga dia bersumpah di depan Allah bahawa dia akan menyesatkan anak cucu Nabi Adam dengan pelbagai teknik dan cara sehingga hari kiamat agar manusia menjadi kawan-kawannya kelak di neraka. (sepertimana ada disebutkan dalam ayat 16 surah Al-A'raf)

Menurut Syekh Muhammad bin Qais (dalam kitab tafsir) ada menyatakan...bahawa, bila iblis telah diusir dari syurga bagaimanakah pula dia dapat menyusup masuk ke dalam syurga untuk menghasut Nabi Adan a.s. dan Siti Hawa....?


bersambung....

Selasa, 22 November 2011

Tangisan iblis....

Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana telah memanjangkan umur hingga sempat berada di-awal tahun baru hijrah 1433. Kita digalakkan secara berjemaah untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun hijrah (diselajurkan /disambung dengan solat berjemaah maghrib hingga ke-isya).

Menurut riwayat dari para alim ulama (salah seorangnya Imam Al-Muqaddisi) bahawa sesiapa yang membaca doa akhir tahun dan awal tahun ini maka iblis dan para syaitan akan menangis, kenapa mereka menangis?disebabkan segala usaha mereka selama satu tahun yang lalu akan menjadi sia-sia (usaha mereka menggoda anak Adam / manusia untuk melakukan dosa dan maksiat) dan anak Adam akan dipelihara oleh Allah dari kejahatan mereka (syaitan) pada tahun yang akan datang itu.....berkat doa awal tahun...Allahu a'lam...

Adapun intisari kandungan doa akhir tahun:
Kita telah banyak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah sepanjang tahun yang lepas ini akan tetapi Allah Maha Halim (baik dan berlembut) tidak menghukum kita secara 'direct' (menurunkan balanya) walaupun sebenarnya ia berhaq untuk berbuat demikaian, maka sewajarnyalah kita bersyukur dan memohon keampunan-Nya dan keredhaan-Nya dan mengharapkan apa yang kita buat (kebaikan) akan diterimaNya jua dan mudahan Dia tidak akan menghampakan harapan kita semua...Amin....!

Manakala intisari doa awal tahun:
Kita memohon perlindungan dari Allah akan dari segala kejahatan/hasutan/bisikan iblis dan syaitan juga para wali-wali dan kuncu-kuncunya. kita juga memohon agar kita dapat mengawal nafsu amarah kita yang mana selalu mendorong ke-arah kejahatan, dan kita juga memohon untuk diberikan pertolongan agar dapat taqarub kepada Allah (rajin untuk beramal)....Amin....!

Mudahan sempena awal tahun baru hijrah 1433 ini.... akan ada perubahan yang lebih baik lagi dari tahun-tahun yang sudah....perubahan positif demi mencapai bahagia di-dunia dan akhirat nanti...Amin...!

Jumaat, 18 November 2011

Misteri dan Dimensi Alam : siri 2

Dalam Islam kita memang sudah diajarkan untuk beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, contoh beriman kepada malaikat, beriman kepada qada dan qadar dan beriman kepada hari kiamat. Hari kiamat adalah satu perkara yang ghaib, alam yang tidak terbayang dan terjangkau oleh akal fikiran kita (sebagai manusia biasa) begitu misteri dan masih ghaib dari pandangan kita... Jika disebut syurga... 

Bagaimanakah agaknya rupa bentuk syurga itu? Jika disebut neraka bagaimanakah agaknya rupa bentuk neraka itu? Ditambah dengan siksaan dalam neraka itu tidak terbayang akan dahsyatnya nanti...
Ini adalah hal / perkara yang masih ghaib kepada kita secara umumnya akan tetapi ada segelintir manusia sudah pernah menjenguknya... Contoh Nabi-nabi yang pernah diberi peluang untuk menziarahinya termasuklah Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. dan para wali-wali Allah yang terpilih sahaja..

Di dunia ini pun masih ada hal / perkara yang masih ghaib bagi kita seperti kuman / bakteria yang amat halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita akan tetapi hanya melalui mikroskop... Begitu juga alam roh... Dan alam jin/syaitan yang di-"hijabkan" oleh Allah kepada kita.

Seorang pengkaji dari Jepun pernah memberikan pendapat beliau tentang alam jin / syaitan ini.... Beliau berpendapat bahawa alam jin / syaitan memang wujud akan tetapi dalam bentuk satu dimensi yang sukar untuk manusia menembusinya dan mengetahuinya, melainkan dengan keilmuan yang khusus. Sebagai contoh beliau memberikan perbandingan alam darat dan alam air (sungai dan laut)... Alam darat adalah satu alam di atas dan alam air (sungai dan laut) adalah alam di bawah dan kita sedia maklum ke-dua-dua alam ini memang ada hidupannya..

Manusia tidak akan dapat masuk ke dalamnya melainkan dengan ilmu atau alatan yang khusus begitu juga sebaliknya hidupan air tidak akan dapat naik ke atas melainkan dengan ada suasana yang khusus.... Ini sekadar perbandingan.... Begitulah misteri alam ini, Allahu a'lam.

Catatan Misteri 933: Ritual Korban dan Kepala kepada jin/penunggu

Catatan Misteri 933: Ritual Korban dan Kepala kepada jin/penunggu: Assalamulaikum, Ritual korban sebenarnya memang sudah lama dilakukan oleh manusia iaitu semenjak zaman Nabi Allah Adam AS lagi (ketika berl...

Rabu, 16 November 2011

Misteri dan Demensi Alam : siri 1

Assalamualaikum...

Bila kita buka Al-Quraan surah yang pertama kita jumpai ialah surah Al-Fatihah, apa makna "Al-Fatihah" ? Ia bermaksud pembuka juga sebagai mukadimah ; permulaan. 
Al-Fatihah juga dikenali atau disebut dengan "Ummul Kitab" induk / indung / ibu kitab (Al-Quraan).

Dalam ayat pertama surah ini menyatakan "Segala puji-puji bagi Allah Tuhan (pemilik) alam semesta ini" iaitu "Al-Alamin" kenapa Allah menyebutkan"Al-Alamin"? kenapa tidak "Alam" sahaja? Kata  "Al-Alamin" :- semesta alam / alam yang luas atau dalam konteks bahas Arab (Kata jamak / banyak) iaitu banyak yakni alam itu bukan satu... Bukan dua akan tetapi lebih dari itu... Iaitu amat banyak sehingga manusia tidak akan mampu untuk menerokainya. (Sebab itu disebut dengan ungkapan "Al-Alamin" - banyak alam ini atau luasnya alam ini).

Ini kerana sepertimana yang kita sedia maklum alam ini terbahagi kepada beberapa bahagian (menurut pandangan Islam) :-
  1. Alam manusia dan binatang
  2.  Alam jin / syaitan
  3. Alam Malaikat
atau...
  1. Alam roh
  2. Alam dunia
  3. Alam kubur
  4. Alam Akhirat
Kalau kita berbalik kepada ilmu astronomi, alam semesta / space ini amatlah luas sekali sehingga tidak mampu bagi manusia  untuk menyukatnya (berapa jarak jauhnya) sehingga timbul istilah kiraan perjalaan kelajuan cahaya/tahun cahaya (contoh bila keluar dari galaksi bimasakti ini dan hendak masuk ke galaksi lain / jiran / sebelah akan memerlukan sekitar berpuluh-puluh tahun cahaya jaraknya (memakan masa yang agak panjang kerana jauhnya) - dan kelajuan cahaya adalah sekitar 300,000 km sesaat.

Walaupun tamadun manusia sudah agak canggih, tapi menurut ulama manusia setakat ini hanya mampu meneroka sekitar 1% saja alam syahadah ini (alam yang dapat dilihat oleh mata kasar manusia) kita belum pun sampai lagi ke tahap tingkat langit yang pertama seperti dalam Al-Quraan Allah menyatakan langit itu ada 7 tingkat. (melainkan baginda Nabi Muhammad sudah pernah di-isra dan meraj-kan oleh Allah Taala sehingga melimpasi langit yang ke-7 : dan hingga ke-Arash untuk menghadap Allah).

bersambung....

Selasa, 15 November 2011

Ritual Korban dan Kepala kepada jin/penunggu

Assalamulaikum,

Ritual korban sebenarnya memang sudah lama dilakukan oleh manusia iaitu semenjak zaman Nabi Allah Adam AS lagi (ketika berlakunya perselisihan di-antara anak-anak baginda) - sila rujuk kepada ayat dan tafsiran surah Al-Maaiedah ayat 27 hingga 31.

Pengertian korban pada asalnya adalah ibadah untuk taqarub kepada Allah (mendekatkan diri kepada Allah) tetapi ada segelintir manusia tersimpang untuk melakukan korban atas dasar kerana hal-hal mistik seumpama membuat korban untuk penunggu-penunggu/jin-jin/syaitan/hantu/puaka dan sebagainya. Maka hal seperti ini adalah jelas sesat dan syirik dan syirik adalah satu dosa yang besar "Jauhilah kamu akan 7 dosa-dosa besar yang pertama adalah syirik..." (Mafhum hadis Nabi)

Dalam tamadun manusia, ada bangsa-bangsa fanatik untuk melakukan ritual korban contohnya di Negara Mesir memberikan korban untuk sungai Nil. Begitu juga di rantau kita ini memberikan korban kepada Laut (contoh: Laut Pantai Selatan) juga korban untuk gunung berapi agar tidak meletus/meletupkan lavanya. Hatta ada segelintir masyarakat memberikan korban untuk penunggu pada pokok-pokok yang dianggap keras/angker. Jelas ini adalah syirik!

Dari mula mengorbankan binatang ternakan sehingga mengorbankan manusia seperti anak dara dan anak kecil, juga menyembahkan/memberikan korban kepala manusia sebagai hadiah untuk penunggu/jin/syaitan, dan perkara ini memang melampaui batas. Jelas sesat dan syirik bahkan akal yang logik pun tidak akan dapat menerima kelakuan sebegini ini.

Ritual korban masih dipraktikan sehingga kini tetapi secara sembunyi-sembunyi, (dalam kajian) salah satunya ialah ritual memotong kepala untuk membina jambatan dan bangunan yang tinggi.. (Allahu a'lam)
kita lupa akan kekuasaan Allah sehingga kita tunduk untuk memberikan korban/semah kepada makhluk yang dilaknati-Nya, mudahan kita dijauhkan dari amalan yang sesat ini...Amin...!

Nota: Dalam istilah lain ritual ini dikenali dengan "upacara semah/menyemah" atau "memberi ancak"