Jumaat, 17 Ogos 2012

RAMADHAN KAREEM

Alhamdulillah bersyukur kita kehadarat Allah kerana kita telah dikurniakan Allah umur yang panjang serta kekuatan dan kesihatan untuk bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak serta dapat menunaikan ibadah puasa serta amalan-amalan  yang lain (sunat) di bulan yang mubarak ini...
sepertimana sabda Nabi ada menyatakan (mafhumnya) :
"Bila datang bulan Ramadahan maka di-bukalah semua pintu-pintu syurga dan di-tutuplah semua pintu-pintu neraka dan dibelenggu lah semua syaitan" ( riwayat imam Bukhari dan Muslim)
Bila pintu syurga dibuka maknanya rahmat Allah melimpah ruah, pintu neraka ditutup kemurahan Allah berganda-ganda...
tapi yang menjadi misterinya...
...ada berlaku dan terjadi di-bulan yang mulia ini kejadiana rasukan dan orang yang kena sihir....
bukankah syaitan itu sedang dibelenggu?
Ya! memang banar sang  iblis dan para syaitan dipenjarakan....mereka tidak dapat berbuat apa-apa...
1-Yang tinggal hanyalah nafsu manuisa itu sendiri untuk mendorong manusaia berbuat maksiat dan perkara yang tidak baik...
2-Para jin-jin yang Allah ciptakan adalah ada taklif/tanggung-jawab untuk beribadah kepada Allah sama seperti manusia (mereka ada yang Islam dan kafir dan yang Islam pula ada yang taat ataupun samseng-sama seperti manusia)
firman Allah :--"Tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan hanya semata-mata untuk beribadah kepada-Ku"  Surah Az-Zariyat:56.
...jadi... jin-jin yang samseng ini membuat onar dan hal kepada manusia...dengan mentaati perintah tukang sihir untuk menganggu manusia...atau tidak mahu untuk beribadah tetapi sebaliknya mereka pergi ke-alam manusia dan menggangu manusia...
3-Disebabkan oleh gangguan saka keturunan dan saka ilmu (khadam) yang ada dalam badan manusia itu sendiri...berlakulah ketidak keselesaan...
Allahu a'lam itulah menurut ilmu yang ada pada hamba Allah yag kerdil ini...

Semoga Ramadhan musim kali ini banyak menfaat dan kita menfaatkan dan mudahan kita akan dipertemukan kembali dengan Ramadhan yang akan datang...insya Allah.... Amin!!!

Rabu, 4 April 2012

BERDIALOG DENGAN JIN SUFI...(SIRI 2)

BERDIALOG DENGAN JIN SUFI...(SIRI 2)
Makhluk jin ini apabila ia talah merasuk seseorang dan cuba dirawat oleh perawat, jika ia terasa terancam atau tidak tahan dengan bacaan ayat-ayat al-Quraan maka salah satu taktik jin untuk rehat dari seksaan tadi ialah dengan  membawa perawat untuk berdialog dan di sinilah ia akam memulakan bicara tentang pengenalan dirinya, latar belakang dirinya, (dan kadang-kala dia senghaja memuji dirinya sepeti dia hebat, kuat dan sebagainya agar orang gerun atau takut akan dirinya) sejarah hidup orang yang dirasuknya (kenapa ia masuk/merasuk) dan yang paling tidak baik ialah ia akan membuat fitnah seperti mengatakan bahawa ia adalah jin sihir yang telah dihantar oleh si-fulan atau fulanah..(adik engkaulah saudara engkaulah, kawan engkaulah dan macan-macam lagi...)
Jika seorang perawat terlalai maka akan terjadilah dialog yang panjang dan agak sukarlah untuk mengeluarkan jin yang merasuk tadi, kerana dalam dialog tadi ia akan mengumpul tenaga dan mencari kelemahan perawat.
Dalam kes yang saya hadapi ini, saya tidak memberi peluang jin tadi untuk bercerita panjang...saya langsung memberikan kata dua / amaran samada mahu keluar atau tidak!?
bila saya meneruskan bacaan manzil/ruqyah...iaitu apabila tiba pada surah Al-Hasyr...jin yang tadinya yang ketawa dan mengilai seolah mengejek saya (kenapa perlu dibaca Quraan sedangkan ia adalah jin Islam sufi) tiba-tiba terdiam...dia langsung bersuara...
"apakah ayat yang ustaz baca itu!" Teriaknya
saya berhenti seketika, "Hai, kata jin sufi dan hafal Quraan...ayat ini pun tidak tahu...?" Ejek saya pula.
"Ustaz jangan baca ayat itu!" Bentaknya lagi.
"Saya tidak akan baca kalau kau mahu keluar secara sukarela..." saya cuba memujuk lagi.
Jin tadi tiba-tiba menagis...
"sebenarnya saya sayang akan perempuan ini, saya tidak mahu berpisah dengannya..." bunyai jin itu seolah-olah merayu.
"saya sudah beri amaran, dan perempuan ini sudah berkahwin dan ada suami dan perbuatanmu merasuk iini juga adalah haram!" sekali lagi saya cuba berdakwah kepadanya.
bila dia menggelengkan-gelngkan kepalanya saya terus membacakan ayat dari surah Al-Hasyar tadi...jin tadi semakin kuat menangis dan menggeleng-gelengkan kepalanya dan tangan pula memberi isyarat seolah-olah menyuruh untuk berhenti, saya tetap meneruskan bacaan iaitu saya berhajat mahu menggulang ayat tersebut sebanyak 41 kali agar dapat membakar jin tadi....
BERSAMBUNG....

Selasa, 3 April 2012

BERDIALONG DGN JIN SUFI...SIRI 1

BERDIALOG DENGAN JIN SUFI...(siri 1)
Pada satu ketika ada  pasangan suami isteri berjumpa dengan saya setelah mereka membuat temujanji dengan saya terlebih dahulu...si isteri berperangai pelik sebaik saja mula-mula berjumpa dengan saya dia seolah seolah tidak selesa bila melihat saya...
saya bertanyakan apakah hajat sebenar mereka berjumpa dengan saya? si suami menceritakan bahawa sejak mereka berkahwin mereka mengalami gangguan-gangguan terutama si-isteri. dan kadang kala si-isteri kerasukan secara tiba-tiba...mereka khawatir jika gangguan tersebut adalah angkara sihir....
si-suami pernah cuba mengobati si-isteri kepada perawat-perawat dan nampaknya tidak berjaya kerana jin yang meresap ke dalam badan si-isteri menyatakan bahawa ia adalah jin sufi dan hafal al-Quraan...dan pernah pada satu ketika mereka secara beramai-ramai membacakan surah yasin ketika si-isteri dirasuk dan  jin tadi ikut sama-sama membaca surah yasin dan juga turut membetulkan mereka-mereka yang tersalah bacaan yasin-nya.
saya berdoa kepada Allah serta bertawakal jua kepada-Nya...dan memulakan rawatan, mula-mula saya membaca ayat-ayat ruqyah dimulai dgn bacaan surah al-Fatihah dan ayat-ayat seterusnya...bila masuk kepada bacaan ayatul kursi...jin tadi mula bersuara...maka terjadilah dialog...
"ustaz tidak usahlah bacakan Quraan pada saya ini saya tidak akan mahu keluat!" kata jin yang merasuk itu.
"kenapa?" tanya saya pula.
"kerana saya adalah jin muslim/Islam dan saya hafal al-Quraan dan saya jua adalah jin sufi dan alim...diorang baca yasin tapi salah bacaannya saya yang betulkan bacaan diorang..." jin mula mengambil taktik untuk 'limut' (rehat) agar saya tidak meneruskan bacaan...
itu adalah antara taktik yang digunakan oleh jin agar mereka dapat berehat dari bahang bacaan ayat-ayat al-Quraan agar mereka tidak terseksa...
"kalau kamu jin Islam, alim dan sufi kenapa kamu masuk ke dalam badan perempuan ini? itu hukumnya adalah haram dilarang dalam Islam!" saya cuba berdakwah kepadanya...
"tapi saya sukakan perempuan ini' jawab jin
"kan dia sudah ada suami...jadi lebih baik kamu keluar! ini adaah salah dan haram!" tegas saya lagi
jin itu enggan dengan mengeleng-gelengkan kepala perempuan itu sambil senyum dan terus ketawa ...
"aku jin sufi tiada siapa boleh menghalang aku haa haaa haa" jin itu terus ketawa melalui perempuan itu....
BERSAMBUNG...


Isnin, 20 Februari 2012

Rasulullah Dalam Kenangan

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kita telah memasuki bulan RabiulAwal dan tidak lama lagi akan meninggalkannya. Bulan RabiulAwal adalah bulan kelahiran nabi maka sayugialah kita memperbanyakkan selawat kita kepada baginda Rasulullah s.a.w. (khususunya di bulan RabiulAwal ini) dan perlu di-ingat juga, janganlah pula kita lupa dan tinggalkan pada bulan-bulan yang lain...teruskan berselawat, kerana kita selalu di-ingatkan pada setiap hari jumaat akan suruhan Allah untuk berselawat. Firman Allah (yang tafsirnya) :
"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke-atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepada-nya" (Al-Ahzab:56)

Sabda Nabi  (mafhumnya) : "Berselawatlah kamu kepada aku kerana selawat kamu itu akan menjadi penebus dosa bagi kamu" (Ibnu Mardawieh)

"Seutama-utama manusia di-sisiku di hari qiamat nanti ialah mereka yang banyak berselawat kepadaku"
 (At-Tirmizi)

"Siapa yang berselawat kepada ku sepuluh kali pada waktu pagi dan sepuluh kali pada waktu petang maka ia akan mendapat syafaatku" (At-Tirmizi)

Jadi banyakkanlah membaca selawat selain daripada kita mendapat pahala dan rahamt insya Allah kita akan dikurniakan syafaat, selawat sebagai penerang hati, selawat sebagai pengganti sedeqah dan berkat selawt insya Allah akan Allah permudahkan rezeqi kita insya Allah...Amin...!