Rabu, 31 Julai 2013

RAMADAN...RINDU PADA RAMADHAN....

Alhamdulillah...bersyukur kita kehadarat Allah kerana kita telah Allah pinjamkan umur, kesihatan dan kekuatan agar kita dapat menunaikan ibadah puasa dan ibadah ibadah yang lain di dalam bulan ramadhan pada tahun ini...mudahan kita akan dipertemukan lagi pada ramadhan pada tahun hadapan....in shaa Allah Ameen!

lailatul qadar adalah waktu dan masa yang kita tunggu tunggu maka pada 10 malam yg akhir ini dan kita cari lah ia ...mingkinkah ia sudah berlalu atau pada malam yg ganjil yang akan datang ini seperti malam 27...? kerana saat akhir akhir dihujung ramadhan kita selalunya terlalai untuk persiapan hari raya...

mudahanlah kita akan memperolehi fadilah 1000 bulan pada tahun ini in shaa Allah ....Ameen!

Ahad, 17 Mac 2013

MAKNA BERKAT

ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA...
Kita sering menyebut perkataan BERKAT...persolannya, adakah kita tahu apa erti sebenar berkat itu?
Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 96: (Tafsirannya)
"Sesungguhnya rumah ( ibadat) yang pertama sekali didirikan/dibina untuk manusia di-atas muka bumi ini ialah  (baitullah/kaabah) di-Makkah yang yang diberkati/pernuh dengan kebarkatan dan menjadi petunjuk seluruh alam"
Makna berkat : Kebaikan yang bertambah dan berterusan...
contoh:
Bila kita dapat rezeki maka kita akan semakin bersyukur dan taat kepada Allah...maka rezeki kita berkat dan diri kita pun mendapat berkat/kebaikan.....
dan rezeki juga akan bertambah, makin berkatlah jadinya...
Allah ada menyatakan dalam al-Quraan yang tafsirannya...bahawa Allah menurunkan air hujan dari langit penuh dengan keberkatan..."
jadi makna berkat di sini juga ialah selain dari kebaikan juga bermakna ada menfaat/bermenfaat...
kerana dengan turunnya hujan dari langit maka semua tumbuhan akan hidup segar subur...kerana sebab ada air hujan yang turun (berkat air hujan)

Dalam kehidupan kita.... kita berkehendakkan rezeki, fahaman kita terhadap rezeki hanyalah tertumpu pada wang/harta, tapi rezeki itu sebenarnya mencakupi...
1-umur yang panjang
2-ilmu
3-kesihatan
4-isteri/ suami dan anak-anak
dan lain-lain yang bermenfaat untuk hidup kita di dunia ini...
bila semua berkat bahagia dan selamatlah kita di duni dan akhirat

Bila ada keberkatan dalam hidup:
1-kita akan merasa tenang, aman dan damai (mut'mainnah)
2-mudah menolong orang lain dan mendoakan mereka
3-mudah memaafkan orang lain yang berbuat salah dengan kita dan tidak buruk sangka dan berdendam
4-dimakbulkan doa
5-akan bahagia di dunia dan akhiran in shaa Allah...dll

Tapi bila berkat tidak ada/hilang:
1-sentiasa kusut atau stress (zahir batin tidak tenang)
2-akan wujud perasaan marah-marah dan berdendam
3-selalu bertengkar (suami isteri / kawan/jiran)
4-merasa selalu tidak pandai cukup...rasa tidak puas
5-akan kurang beramal
6-akan ada sifat tidak amanah dan tamak
7-mungkin juga selalu sakit fizikal...atau penyakit hati- sombong, ria, dengki dsb

AMALAN MURAH REZEKI:
1-Rajin beribadah kerana Allah...dan berdoa
2-Banyakkan istigfar
3-banyakkan berselawat
4-mendoakan ibu/bapa
5-mendoakan orang lain dengan kebaikan
6-menolong menunaikan hajat orang lain
7-selalu awal bangun pagi...solat subuh dan solat duha
8-bersilaturrahim
9-selalu bersedeqah (yang termampu...harta tenaga dan buah fikiran) :-juga senyum
10-sentiasa bersih/berwudhu
11-sentiasa memaafkan orang lain...
dan kunci kepada rezeki yang berkat dan luas juga ialah :
banyakkan berdoa....banyakkan usaha dan ikhtiar....istiqamah, tidak mudah putus asa dan bertawakal-lah kepada Allah di-hujungnya...
mudahan kita sema diberkati....Aameen!




Isnin, 25 Februari 2013

RINDU KEPADA RASULULLAH S.A.W.

Assalamualaikum...
bulan rabiul awal telah berlalu...mudahan kita tidak melupakan baginda Nabi SAW dengan berlalunya bulan itu...
ketahuilah baginda Nabi sentiasa merindui umatnya terutamanya umatnya yang di akhir zaman ini...walaupun umat akhir zaman ini tidak pernah berjumpa dengan baginda tetapi keimanan dan kecintaan umat ini terhadap baginda adalah kuat...sebab itu baginda rindu kepada umat akhir zaman ini...
peluang saya mendapatkan satu selawat khas dari keturunan Al-Attas yang mana menceritakan tentang asal usul selawat yang akan dikongsikan ini...
ceritanya bermula dari Sultan Mahmud...salah seorang raja yang hobinya suka berselawat tiap-tiap hari sebanyak 300 ribu kali...bermula dari lepas solat subuh hingga mencecah ke tengah hari...
pada satu malam baginda di datangi oleh Nabi SAW dalam mimpinya...baginda Nabi menegur akan sikap Sultan Mahmud...kerana asyik berselawat hingga lupa kepada tanggungjawabnya sebagai seorang pemerintah untuk memeduli rakyat...akhirnya dalam mimpi itu Sultan Mahmud diajarkan oleh Nabi SAW dengan selawat  ini dan apabila dibaca sekali fadilatnya umpama membaca 100 ribu kali dan dibaca 3 kalai menyamai 300 ribu kali bacaan selawat....