Rabu, 29 Oktober 2014

ASSALAMUALAIKUM ...
Dan selamat tahun baru hijrah 1436...
Alhamdulillah

Selain kita membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun baru hijrah (dan di dalam doa itu pun ada termasuk memohon kepada Allah agar kita dipilihara Allah dari segala kejahatan iblis..syaitan dan kuncu kuncunya...samada berupa bisikan, godaan dan hasutan atau mungkin ilmu ilmu hitam yang dikirim atau apa  juga gangguan gangguandari mereka..secara nyata atau tidak nyata...mudahan Allah perkenankan doa kita sempena awal tahun hijrah itu..) maka para ulama juga menyarankan kita untuk mengamalkan amalan seperti berikut...

iaitu amalan untuk memohon keselamat sepanjang tahun sementara kita masih berada di bulan muharam ini:

Amalan itu ialah amalan 7 salamun (sila rujuk dalam al Quraan:

1- surah yasin ayat 58
2-surah As-Shoffat : 79
3-As-Shoffat :109
4-As-Shoffat : 120
5-As-Shoffat : 130
6-surah Az-Zumar ayat 73 ..bermula dari perkataan "salam..." hingga akhir ayat
7-surah Al-Qadar ayat 5

ia diamal pada malam awal tahun baru hijrah dan semasa masih dalam bulan muharam serta pada bila bila masa dengan memasang niat untuk memohon perlindungan

Jumaat, 3 Januari 2014

misteri Pemuja Ilmu syaitan...

iblis pernah bersumpah di depan Allah Taala:

"(berkata iblis) oleh kerana Engkau (Allah) telah menghukum aku sesat maka aku akan benar benar menghalangi mereka (manusia) dari jalan yang lurus"
(Al-A'raf : 16)

Maka dari sini iblis akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan manusia dengan apa cara sekali pun...dari yang sehalus-halusnya seperti bisikan-bisikan dan perasaan was-was ....kepada perkara yang menakutkan manusia dan merobah akidah manusia seperti jelmaan hantu dan sebagainya.

Tidak ketinggalan juga ialah fahaman fahaman yang menyelewing seperti ajaran-ajaran sesat dan kebatian juga ajaran sesat yang berunsurkan agama seperti ajaran sesat syiah....juga amalan amalan ilmu yang salah dan sesat seperti ilmu sihir...

Sebab itulah pada awal tahun baru hijrah kita disarankan untuk berdoadengan  doa awal tahun hijrah yang mengandungi memohon perlindungan kepada Allah:

"Yaa Allah lindungilah kami dan berilah kekuatan kami agar dipilihara dari semua jenis gangguan iblis,  dan syaitan serta wali-walinya dan para kuncu kuncunya dan juga  bala tenteranya"

Di-kalangan masyarakat Melayu masih terdapat segelintir mereka-mereka yang mengamalkan ilmu yang sesat iaitu ilmu memuja iblis dan syaitan...ini mungkin kerana pengaruh zaman silam iaitu masyarakat Melayu pernah menganuti ajaran dan fahaman serta agama yang berteraskan kepada pemujaan ...seperti fahaman amenisme, hindu budha dan lain lain.

Antara amakan- amalan pemujaan ini ialah memuja semangat padi, dan amalan menuja agar menjadi kuat dan cantik...maka lahirlah jelmaan -jelmaan seperti kepala terbang tanpa badan atau berbalan/penanggal.

Kerana ikutkan turutan nafsu mereka sanggup menjadi hamba kepada iblis dan syaitan dan efeknya pula orang kampung akan tidak tenteram akibat kehadiran makhluk makhluk yang menyesatkan ini.

Apabila tuan punya ilmu/amalan ini tidak menurunkan atau membuangnya sebelum ia meninggal dunia maka piliharannya ini akan mengacau orang-orang di sekelilingnya (kerana nak mencari tuan baru) maka menjelma lah ia dengan pelbagai rupa dan bentuk serta mengetuk pintu pintu rumah orang orang sekampungnya...

Memohonlah kita perlinfdungan kepada Allah agar kita semua dipiliharNya dan sentiasa dirahmatinyajua selalu...Ameen!