Isnin, 20 Februari 2012

Rasulullah Dalam Kenangan

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kita telah memasuki bulan RabiulAwal dan tidak lama lagi akan meninggalkannya. Bulan RabiulAwal adalah bulan kelahiran nabi maka sayugialah kita memperbanyakkan selawat kita kepada baginda Rasulullah s.a.w. (khususunya di bulan RabiulAwal ini) dan perlu di-ingat juga, janganlah pula kita lupa dan tinggalkan pada bulan-bulan yang lain...teruskan berselawat, kerana kita selalu di-ingatkan pada setiap hari jumaat akan suruhan Allah untuk berselawat. Firman Allah (yang tafsirnya) :
"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke-atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepada-nya" (Al-Ahzab:56)

Sabda Nabi  (mafhumnya) : "Berselawatlah kamu kepada aku kerana selawat kamu itu akan menjadi penebus dosa bagi kamu" (Ibnu Mardawieh)

"Seutama-utama manusia di-sisiku di hari qiamat nanti ialah mereka yang banyak berselawat kepadaku"
 (At-Tirmizi)

"Siapa yang berselawat kepada ku sepuluh kali pada waktu pagi dan sepuluh kali pada waktu petang maka ia akan mendapat syafaatku" (At-Tirmizi)

Jadi banyakkanlah membaca selawat selain daripada kita mendapat pahala dan rahamt insya Allah kita akan dikurniakan syafaat, selawat sebagai penerang hati, selawat sebagai pengganti sedeqah dan berkat selawt insya Allah akan Allah permudahkan rezeqi kita insya Allah...Amin...!