Rabu, 4 April 2012

BERDIALOG DENGAN JIN SUFI...(SIRI 2)

BERDIALOG DENGAN JIN SUFI...(SIRI 2)
Makhluk jin ini apabila ia talah merasuk seseorang dan cuba dirawat oleh perawat, jika ia terasa terancam atau tidak tahan dengan bacaan ayat-ayat al-Quraan maka salah satu taktik jin untuk rehat dari seksaan tadi ialah dengan  membawa perawat untuk berdialog dan di sinilah ia akam memulakan bicara tentang pengenalan dirinya, latar belakang dirinya, (dan kadang-kala dia senghaja memuji dirinya sepeti dia hebat, kuat dan sebagainya agar orang gerun atau takut akan dirinya) sejarah hidup orang yang dirasuknya (kenapa ia masuk/merasuk) dan yang paling tidak baik ialah ia akan membuat fitnah seperti mengatakan bahawa ia adalah jin sihir yang telah dihantar oleh si-fulan atau fulanah..(adik engkaulah saudara engkaulah, kawan engkaulah dan macan-macam lagi...)
Jika seorang perawat terlalai maka akan terjadilah dialog yang panjang dan agak sukarlah untuk mengeluarkan jin yang merasuk tadi, kerana dalam dialog tadi ia akan mengumpul tenaga dan mencari kelemahan perawat.
Dalam kes yang saya hadapi ini, saya tidak memberi peluang jin tadi untuk bercerita panjang...saya langsung memberikan kata dua / amaran samada mahu keluar atau tidak!?
bila saya meneruskan bacaan manzil/ruqyah...iaitu apabila tiba pada surah Al-Hasyr...jin yang tadinya yang ketawa dan mengilai seolah mengejek saya (kenapa perlu dibaca Quraan sedangkan ia adalah jin Islam sufi) tiba-tiba terdiam...dia langsung bersuara...
"apakah ayat yang ustaz baca itu!" Teriaknya
saya berhenti seketika, "Hai, kata jin sufi dan hafal Quraan...ayat ini pun tidak tahu...?" Ejek saya pula.
"Ustaz jangan baca ayat itu!" Bentaknya lagi.
"Saya tidak akan baca kalau kau mahu keluar secara sukarela..." saya cuba memujuk lagi.
Jin tadi tiba-tiba menagis...
"sebenarnya saya sayang akan perempuan ini, saya tidak mahu berpisah dengannya..." bunyai jin itu seolah-olah merayu.
"saya sudah beri amaran, dan perempuan ini sudah berkahwin dan ada suami dan perbuatanmu merasuk iini juga adalah haram!" sekali lagi saya cuba berdakwah kepadanya.
bila dia menggelengkan-gelngkan kepalanya saya terus membacakan ayat dari surah Al-Hasyar tadi...jin tadi semakin kuat menangis dan menggeleng-gelengkan kepalanya dan tangan pula memberi isyarat seolah-olah menyuruh untuk berhenti, saya tetap meneruskan bacaan iaitu saya berhajat mahu menggulang ayat tersebut sebanyak 41 kali agar dapat membakar jin tadi....
BERSAMBUNG....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan